- Sebuah acara
bernama Program Seksualiti Merdeka 2011 didakwa terbabit dengan Gerakan
Homoseksual Malaysia yang disebut-subut akan dirasmikan oleh Pengerusi
BERSIH; juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga (Berita
Harian 3/11/11 m.s. 4). Justeru Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan
(ACCIN) telah membuat satu laporan polis bagi mengecam program berkenaan
yang bertentengan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam
sebagai agama rasmi.
- Sebuah rencana
dalam Berita Harian pada tarikh yang sama (m.s. 23) memberikan perspektif
kaitan gelombang tuntutan hak asasi manusia dengan perjuangan
pengiktirafan homoseksual.
- Jelas sekali golongan sebegini mengunakan frasa 'kebebasan' dan 'hak asasi' sebagai senjata mengiakan segala pendapat mereka dalam perjuangan 'kesaksamaan' homoseksual.
Artikel asal
- Isu homoseksual bukanlah isu yang baru di Malaysia lebih-lebih lagi secara politikal[1].
- Bagaimanapun, kali ini kita tidak bincangkan isu politik namun kita lihat pula kepada teras isu 'homoseksual' itu sendiri.
- Masyarakat Barat daripada masa ke masa begitu memperjuangkan hak-hak untuk manusia melakukan hubungan 'luar tabii.'
- Sebab menurut mereka, bercinta-cintaan secara seksual itu merupakan hak asasi manusia dan kita sebagai manusia seharusnya menerimanya seadanya.
- Pada awalnya, gerakan penerimaan homoseksual ini sekadar dilakukan di wilayah-wilayah Barat sahaja.
- Tetapi kini, terdapat wilayah Timur yang sudah mula menerima tempiasnya apabila sudah ada dikalangan rakyat yang menuntut bagi membolehkan kegiatan tersebut di sisi undang-undang - andai dilakukan secara rela.
- Sebab kalau yang tidak rela sudah dikira 'rogol.'
- Justeru artis-artis Barat pun kini berbangga menonjolkan kehomoseksualan mereka.
- Sekadar menyebut beberapa, misalnya George Michael, Ellen DeGeneres dan Elton John[2].
- Dengan bertambah kompleksnya masyarakat sedunia, sudah mula ada dikalangan masyarakat yang konservatif sudah mula 'menerima' gejala homoseksual.
- Misalnya di terbitan akhbar berbahasa Inggeris tertentu di Malaysia, sudah ada dikalangan pembaca yang menyarankan supaya gejala luar tabii ini ditabiikan.
- Maksudnya, kerajaan dan masyarakat harus terbuka dan menerima seadanya andai wujud dikalangan mereka yang berkasih-kasihan antara lelaki dan lelaki atau wanita sesama wanita; dengan mengatakan kasih-kasihan ialah secara seksualnya.
- Sebagaimana sebahagian negara yang membenarkan secara undang-undang rakyatnya mengambil dadah untuk menghilangkan gian, memberikan penawar HIV/AIDS untuk penagih seks tegar dan menerima seadanya lelaki dan perempuan yang bukan mahram hidup bersama-sama tanpa ada hubungan yang sah (iaitu sebagai suami-isteri).
- Kerana pada pendapat mereka, daripada kita menghalang dan menegah lalu menyebabkan stigma negatif dan masalah penguatkuaan, lebih baik kegiatan yang haram dihalalkan!
- Soal agama pula menurut mereka iaiah soal kedua.
- Bagi golongan sebegini, agama itu sendiri harus diubah agar kekal releven, tidak bertentangan dengan kehendak mereka.
- Yang tidak dapat menerima mereka pun harus menghormati hak mereka untuk berkelakuan demikian. Bukannya jenayah ke apa? Cuma hisap dadah, seks bebas dan seks sesama jantina sahaja! Bukannya bunuh orang pun!
- Pandangan sebeginilah yang semakin hari semakin menyelusuri benak masyarakat kita; sudah sayup-sayup kedenganran ada ahli politik kita yang bersuara untuk membenarkan aktiviti rela homoseksual.
- Nilai-nilai keadilan, kesaksamaan dan kebebasan menjadi hujah puak-puak ini untuk merasionalkan kegiatan homoseksual.
- Tuntutan untuk menerima amalan homoseksual juga sudah menjalar ke peringat kerajaan.
- Contoh terdekat adalah di Persidangan Ketua-ketua Negara Komenwel yang sedang dalam perancangan pembentukan dan perlaksanaan piagam CHOGM[3].
- Dalam cadangan tersebut, terdapat interpretasi tertentu agar tidak menjadikan homoseksual rela sebagai jenayah dibangkitkan dalam usaha 'menghapuskan diskriminasi' terhadap pengidap HIV/AIDS.
- Sama ada benar atau tidak tafsiran tersebut bukanlah menjadi persoalan kerana secara realitinya, sudah ada negara di dunia ini yang telah mengiakan kegiatan homoseksual sebagai satu kegiatan yang sah di sisi undang-undang.
- Kita tidak mahu menafikan bahawa pesalah pun mesti diberi peluang untuk berubat; namun kita juga tidak boleh menafikan kalau sesuatu perkara yang secara asalnya songsang, dibenarkan untuk dilakukan di sesebuah negara, maka negara tersebut secara langsung telah mempromosikan kelakuan tersebut.
- Dengan struktur masyarakat Malaysia yang berkepelbagaian, hanya tinggal masa sahaja menentukan pertembungan idealisme antara mereka yang menerima gejala sebegini sebagai wajar dibolehkan dan yang tidak menerimanya kerana masih berpegang kepada tuntutan keagamaan dan tradisi kebudayaan.
- Pada ketika pertembungan ini, amat sukar sekali mencapai modus vivendi lantaran kedua-duanya mempunyai kutub yang berbeza; satu yang akan ekstrem kepada agama, tradisi dan kebuayaan dan satu lagi akan cenderung kepada pengiktirafan hak-hak asasi manusia, keterbukaan dan dunia tanpa sempadan.
- Pertembungan antara ketamadunan; begitulah teori yang dikemukakan oleh Huntington[4] bagi merasionalkan sebab kepada kewujudan perbezaan antara kebudayaan dan keagamaan pasca-Perang Dingin.
- Idea inilah yang diadaptasikan oleh Inglehart dan Welzel[5] untuk membangunkan kajian nilai dunia bagi menguji konsep tradisional melawan sekular (traditional vs. rational/secular) dan kelangsungan kehidupan melawan penonjolan diri (survival vs. self-expression).
- Yang sekular pula dikatakan lebih demokratik dan lebih cenderung ke ara menonjolkan hasrat diri sementara yang tradisional pula dikaitkan dengan kurang demokrasi.
- Yang sekular dikatakan mempunyai kebebasan (pemikiran dll) sementara yang tradisional pula lebih jumud atau terkongkong.
- Maka, salah satu daripada item yang digunakan untuk tujuan kajian nilai dunia ini ialah penerimaan kelakuan homoseksual di kalangan masyarakat[6]. Seandainya responden menerima kelakuan tersebut, maka responden dikira sebagai sekular dan lebih menonjolkan diri dan seandainya tidak, bermaksud seseorang itu berada dalam kelompok tradisional.
- Hasilnya, sudah tentulah negara-negara Islam dan yang majoriti Islam memiliki kebudayaan ‘tradisional.’
- Dan daripada hasil tadi, sudah tentulah negara-negara tersebut dikatakan sebagai kurang demokratik dan kehidupan rakyatnya sebagai terkongkong.
- Seolah-olah memberi cerminan negatif seolah-olah Islam, negara Islam dan negara majoritinya orang Islam itu tidak demokratik – justeru Malaysia kurang demokratik?.
- Daripada satu segi, homoseksual masih lagi dianggap salah di sisi undang-undang Malaysia.
- Ringkasnya, soal homoseksualiti bukanlah satu isu baru namun kini dikaitkan dengan keterbukaan, demokrasi dan keadilan sosial. Seperti homoseksual perlu diterima oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa untuk membuktikan sesebuah masyarakat dan negara itu ‘demokratik’ dan mengamalkan keadilan sosial.
- Keadilan sosial kini dilihat daripada kaca mata sama ada sesebuah masyarakat itu boleh menerima nilai-nilai seperti homoseksual atau pun tidak lantas dijadikan kayu ukur kepada keadilan dalam masyarakat.
- Sebagaimana yang ditegaskan pada awal tulisan ini, hanya menunggu masa sahaja usaha pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia untuk secara berani menuntut hak-hak untuk melakukan kegiatan homoseksual di dalam negara ini.
- Golongan yang apologikal pastilah mengaitkan isu ini dengan ‘sistem pendidikan,’ ‘kefahaman mendalam tentang agama,’ ‘hal dia orang, hal dia orang, buat sahaja hal kita,’ atau ‘selagi dakwah Islamiyah dibenarkan apa salahnya mereka ini menuntut? Kita tidak perlu takut kalau kita punya iman yang kuat!’
- Namun, secara sedar atau tidak, gerakan homoseksual tidak pula mengendahkan sikap menyalahkan diri sendiri (malah menjadikannya sebagai dalil mengapa kegiatan mereka perlu ‘dihalalkan’), tidak mempunyai sikap menyalahkan diri sendiri dan akan terus memperjuangkan hak mereka.
- Sehinggalah satu masa dan ketika, ahli politik kita terpaksa juga tunduk dan menjadikan aktiviti homoseksual ini sebagai aktiviti yang sah di sisi undang-undang.
- Dan pada ketika itu, bukankah benar ramalan Rasul junjungan yang Islam menjadi asing[7]?
[1] Iaitu berkaitan pemimpin ulung pembangkang, Anugerah
Tuhan yang sudah dua kali ‘dituduh’ dan ‘dizalimi’ dengan tuduhan liwat.
[2] Khabarnya Elton John hendak mengadakan
konsertnya di Genting Highland yang mendorong cakap-cakap politik tentang
penerimaan PAS, PKR dan DAP terhadap beliau. Malah, cakap-cakap inilah yang mendorong
penulisan blog ini kali ini.
[4] Huntington pada awalnya menulis The Clash
of Civilization?, Foreign Affair,
vol. 72 no.3, 1993 sebagai maklum balas kepada Fukuyama, The End of History and The Last Man (Free Press, 1992). Dalam
tulisannya, Huntington secara langsung menyeru supaya Barat mengekalkan kuasa
ekonomi dan kekuatan ketenteraan untuk ‘memelihara’ kepentingan hubungan dengan
bukan-Barat.Tesis lengkap bagi perbincangan ini dibentangkan pula oleh beliau
dalam The Clash of Civilization and The
Remaking of World Order (Simon & Schuster, 1996).
[5] Inglehart, R dan Welzel, C. Modernization, Cultural Change and Democracy:
The Human Development Sequence, (Cambridge University Press, 2005).
[6] Lihat Ibid. dan C. Welzel dan R.
Inglehart, Political Culture, Mass Beliefs and Value Change dlm. Christian W. Haerpfer, P. Bernhagen, R.
F. Inglehart dan C. Welzel, Democratization (Oxford University Press, 2009).
[7] Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh
Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, ‘Islam bermula sebagai sesuatu yang asing, dan akan kembali semula
sebagai sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.’
Jadi, adakah kita hendak menjadi yang terkenal atau yang asing menurut hadis
ini?
Artikel berkaitan
Homoseksual: Kesan perspektif politik
Nik Aziz Tersekular?
Homoseksual: Antara pengiktirafan dan hukuman
Artikel berkaitan
Homoseksual: Kesan perspektif politik
Nik Aziz Tersekular?
Homoseksual: Antara pengiktirafan dan hukuman
No comments:
Post a Comment