Thursday, October 13, 2011

Pilihan raya semakin dekat, kamik nak daftar mengundi

  • Angin pilihan raya semakin kedengaran. Sudah ada ramalan-ramalan 'nakal' yang mengaitkan PRU dengan angka sebelas (11) lantaran kegemaran PM Najib terhadap nombor itu. 11/11/11 antara nombor yang dicanang; namun ada juga penganalisis yang melihat tarikh tersebut tidak sesuai kerana 'Hari Jumaat.'
  • Tak tahu apa kaitan Hari Jumaat dengan pembubaran parlimen namun sebagaimana yang telah dibangkitkan sebelum ini, negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak terikat untuk membubarkan DUN masing-masing seandaingan BN membubarkan parlimen dan DUN mereka.
  • Taklimat persediaan mengadapi PRU juga telah dibuat oleh Pengerusi SPR; menandakan gerak kerja PRU sudah dijalankan.
  • PM Najib pun telah saban minggu mengadakan lawatan negeri sini dan situ, dengan tumpuan yang begitu kuat untuk Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apatah lagi dengan begitu banyak insentif melalui belanjawan yang sehinggakan PR pun mempertikaikan keterwujudan duit untuk dileburkan.
  • Walaupun penulis tak ambil pusing sangat tentang khabar angin-khabar angin bilakah PRU, penulis yakin yang PRU kali ini sememangnya cukup sengit dek kerana situasi 'hendakkan Putrajaya' oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.
  • Malangnya, sungguhpun kedua-dua bercanang membantu rakyat, kadang-kala soal hentam yang lagi satu lebih kuat kedengaran berbanding khidmat bakti mereka yang sepatutnya membantu rakyat. Nanti, apabila menang, rakyat ke mana, kuasa ke mana; kita pun tidak tahu.
  • Ada benarnya bahawa berdasarkan situasi politik semasa, PM Najib dikatakan patut mengadakan pilihan raya pada waktu sekarang, lebih-lebih lagi partinya telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini untuk tempoh 18 bulan. Hal ini juga bermaksud PM Najib yang dipilih pun sebenarnya menggunakan penangguhan tersebut bagi 'mengukuhkan parti.' Untuk rekod, pemilihan agung UMNO pada akan datang akan membuka lembaran baru apabila kaedah pemilihan ditukar bagi membolehkan lebih ramai ahli mengundi untuk pemimpin tertinggi. Keadaan semasa memperlihatkan terdapat beberapa isu penting yang lebih memihak BN berbanding gabungan PR.
  • Namun, penting juga untuk diamalkan politik gaya baru yang mengelak daripada terlalu politikal pada pilihan raya pada masa akan datang. Janganlah disebabkan berlainan kutub menyebabkan penyokong dan pemimpin main pukul canang sahaja buat isu, kempen berapi-api tetapi lepas daripada PRU, berapi-api dalam ceramah saja!
  • Sebagaimana biasa, seandainya BN menang lagi PRU, maka PRU kita memang tidak akan diiktiraf sebagai bersih dan adil. Namun kalau yang lagi satu menang, maka rakyat sudah semakin matang, sistem pilihan raya telah berevolusi  dan pelbagai lagi pujian melangit.
  • Harap juga kerajaan yang baru pada masa akan datang lebih stabil berbanding sekarang. Kalau boleh, menanglah lebih 2/3 supaya lebih stabil kerajaan Malaysia. Sedangkan Jepun yang kena tsunami politik pun tak boleh tahan dengan seorang PM, harapnya apabila Malaysia terkena tsunami politik yang lebih besar, PM itu boleh membawa kestabilan kepada politik negara. Bukanlah kata Najib tak boleh bawa kestabilan, atau bawah Anwar Ibrahim lebih stabil. Kuasa PM itu besar, siapa jadi PM, janganlah hanyut dek mimpi menjadi kenyataan sahaja!
  • Dasar luar negara merupakan antara cabaran kerajaan akan datang terutamanya hubungan dengan Singapura dan Indonesia. Maklumlah, hubungan Singapura dan Malaysia biasanya bitter-sweet sementara sesetengah rakyat di Indonesia memang pekerjaan mereka yang tetap adalah membuat tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta. Penulis yakin kalau pembangkang menang, tidak akan jadi masalah isu ini sebab bakal PM Anwar Ibrahim mempunyai rapport yang jauh lebih baik berbanding Najib. Atau seharusnya beliaulah yang menjadi menteri luar sebab negara luar lebih menghargai beliau berbanding Malaysia !
  • Angin perubahan telah bertiup kencang tetapi kita pun tak tahu ke manakah tiupan badai tersebut sama ada menghala ke dacing atau ke bulan/roket dan ( ) [tak tau nak gelar apa, mata ke, bulan sabit dua ke...]
  • Akan tetapi, besar harapan penulis agar 'jawatan kuasa penambahbaikkan pilihan raya' yang beria-ia ditubuhkan dapat melaksanakan kerjanya lalu dapat menglaksanakan pembaharuannya terlebih dahulu sebelun PRU berlangsung. Dan hal yang demikian, pastilah akan menidakkan PRU diadakan dalam masa terdekat. Akan tetapi, kebarangkalian berlaku perkara tersebut semakin pudar apabia PM Najib sendiri sudah mengaku yang 'semboyan PRU' semakin jelas kedengaran.....
  • Bersedialah kita menghadapi PRU yang kononnya semakin hampir...

No comments: