- Apabila kita bercerita mengenai kakitangan awam, tidak kiralah yang dimaksudkan itu kakitangan awam pusat ke, negeri ke, badan berkanun ke...
- Walaupun polis, tentera, bomba, cikgu, pertahanan awam, kastam, imigresen, APMM pun kakitangan awam mengikut definisi, kita lebih tekankan yang secara teknikalnya - kerja pejabat kerajaan.
- Mereka ini pegawai, peenolong pegawai, pembantu pegawai sama ada golongan profesional mahupun 'kumpulan pelaksana.'
- Setelah bertahun-tahun memperjuangkan isu melalui Cuepacs, kini kakitangan awam boleh menarik nafas lega; struktur gaji meningkat, umur bersara naik (tanpa syarat), naik pangkat tidak perlu peperiksaan, dapat juga bonus dan lain-lain lagi.
- Maklumlah, harga barang sekarang mahal, peniaga naikkan harga tak tentu pasal, beban kerja 'bertambah,' NKRA tercapai, NKEA terlaksana; jadi, fulus pun kenalah masuk lebih.
- Selain daripada itu, merekalah yang paling mudah untuk menerima cuti kelepasan yang tidak ada kena pun dengan mereka. Sampaikan bola masuk final pun nak cuti. Pasukan Malaysia menang pingat emas pun nak cuti.
- Salah satu tulisan di ruangan 'surat' Berita Harian misalnya menggunakan tajuk Kerajaan manjakan penjawat awam - berkisar tentang cuti.
- Tulisan tersebut mengenengahkan isu cuti dan penjawat awam seakan-akan diasuh supaya menerima habuan andai sesuatu kejayaan dicapai.
- Yang kelakar seramnya, kejayaan itu bukannya dicapai oleh mereka, tapi dikecapi pemain bola sepak!
- Orang lain yang menang piala, pingat, rakyat pula diberi cuti ! Apa ke hal?
- Menjadikan keadaan semakin seram terbahak-bahak, bukannya semua rakyat pun yang akan merasa cuti atau kesemua syarikat yang hendak bercuti.
- Ada syarikat Mak Timah jual keropok lekor kisah kalau misalnya Terengganu menang Piala Malaysia, jadi esoknya Mak Timah tidak berniaga?
- Atau syarikat multinasional yang melabur berbilion ringgit, sebab bola sepak Malaysia menang pingat emas Sukan SEA (kalau menang), jadi CEOnya isytiharkan, 'atas kemenangan Malaysia, kita tutup kilang satu hari?'
- Atau mungkin kedai runcit Muthusamy, sebab bola sepak Malaysia masuk Olimpik, dia tutup kedai lalu digantung nota, 'tutup sehari sebab Malaysia pergi Olimpik.'
- Yang berjaya orang lain, yang lain pula sibuk nak cuti.
- Kita pun tidak pernah mendengar andai Barcelona FC menang piala perak Liga Juara-juara, maka seluruh Spanyol akan diisytihar cuti umum.
- Sedangkan kini, Spanyol merupakan antara negara yang menghadapi krisis hutang Eropah; kalau begitulah mentaliti rakyat disana, nescaya makin cepatlah negara tersebut bankrup!
- Malaysia pula menjadi antara negara yang paling banyak cuti umum. Semua perayaan kaum utama pun cuti.
- Dan kini, sebab bola pun hendak cuti.
- Barangkali ada yang berhujah bahawa cuti akan memberikan peluang kepada pekerja merehatkan minda, menghilangkan stres, meningkatkan semangat sekali gus meningkatkan produktiviti negara.
- Soalnya bukan produktiviti ke apa, soalnya benarkah cuti itu digunakan untuk berehat atau bersama keluarga?
- Bagi mereka yang memperjuangkan cuti sempena ini dan itu, kembalilah kepada realiti.
- Bukan semua orang dapat menikmatinya...
- Dan lebih penting lagi, bukan semua orang menikmatinya dengan sebenar-benarnya.
- Kalau sudah hendak cuti sangat, carilah kerja yang memerlukan kita bercuti sahaja, tetapi gaji tetap jalan.
- Sedangkan yang sebaliknya sahaja yang wujud di dunia ini - kalau tak kerja, tak ada gaji.
- Itulah yang dinamakan penganggur!
PERINGATAN: Semua artikel yang ditulis oleh penulis adalah nukilan penulis sendiri melainkan telah dinyatakan sumbernya dan TIDAK mewakili organisasi yang telah/sedang penulis sertai. Tulisan bukan bermaksud membangkitkan sebarang sentimen yang menyebabkan perasaan kurang selesa kepada pembaca. Andai pembaca yang mendapati terdapat tulisan yang bersifat demikian, sila beri komen untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih
Sunday, October 30, 2011
Manjanya kakitangan awam.
Labels:
Birokrasi,
bola sepak,
Cuti,
Isu masyarakat,
Kualiti dan Produktiviti,
pengangguran,
Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment