- Bukanlah hendak mendewakan internet namun internet dapat merealisasikan perkara yang mungkin sepuluh tahun dahulu tak terfikir untuk dilaksanakan.
- Misalnya pembelajaran atas talian, satu ketika merupakan sesuatu yang mustahil kerana kalau hendak belajar, mestilah secara fizikal hadir ke kelas untuk mendengar syarahan atau 'ajaran' guru/pensyarah.
- Kini sudah ada universiti yang membuat sistem pengajian jarak jauh - hanya perlu 'online' dan boleh mendengar kuliah, berinteraksi dengan guru/pensyarah dan sebagainya.
- Ledakan maklumat semakin hari semakin tidak terkawal sehinggakan kerajaan Malaysia (baca: BN) sendiri begitu risau dampak yang diberikan oleh media alternatif yang zahirnya seolah-olah tidak pernah berehat daripada menyampaikan informasi-informasi yang tidak memihak kepada mereka.
- Sama ada benar atau tidak maklumat itu bukanlah menjadi hasrat terbitan kali ini untuk membuat penilaiannya.
- Dan bagi maklumat yang dikatakan 'betul' dan bersifat akademik pula tidak terlepas daripada menerima tempias yang sama.
- Jurnal-jurnal yang suatu ketika dahulu yang kebanyakannnya diperoleh secara suku-tahunan kini ada yang diterbitkan dua kali seminggu melalui medium internet.
- Malah, inisiatif yang lebih aktif lagi apabila ada artikel yang diberikan percuma (boleh dimuat turun percuma) sebelum diterbitkan di dalam judul jurnal yang dikenali sebagai atas talian dahulu (online first).
- Tidak ketinggalan ada jurnal akademik yang dikategorikan sebagai jurnal atas talian sahaja; biasanya akan dirasionalkan supaya kita tidak menggunakan kertas untuk mencetak, jadi akan dapat menjimatkan wang dan akan membantu memelihara dan memulihara alam sekitar.
- Hal ini menjadikan apa sahaja penemuan hari ini berkemungkinan besar merupakan sekadar sejarah menjelang dua tiga minggu sampaikan wujud persoalan - adakah sah (valid) sesuatu yang dikaji pada hari ini?
- Belum lagi masuk hiburan atas talian.
- Kini begitu ramai penyanyi-penyanyi Youtube yang mendendangkan lagu artis-artis popular yang kadang-kala versinya lebih mendapat tempat berbanding versi asal penyayi tersebut.
- Sudahnya mungkin satu hari nanti tak perlulah diadakan Idol atau AF atau Mentor atau XYZ Factor sebab banyak menghabiskan masa dan wang sahaja untuk tenaga produksi bagi mencari seseorang bakat segera yang hanya menyinar barangkali paling lama pun dua tahun - dalam konteks Malaysia lah...
- Bintang 'covers' dan Youtube kini pun boleh menerjah pasaran dan berada sama taraf dengan artis yang masuk ke industri secara konvensional. Tak perlulah kita nak sebut nama mereka disini - maklumlah, sudah bertaraf bintang!
- Laman sosial yang dulunya bertaraf 'laman peribadi' namun kini ada yang telah bertukar menjadi badi....
- Maklumlah, segala yang terbuku di hati hendak diluahkan di laman Facebook/Twitter sendiri.
- Itu yang selebriti dok bertengkar kerana tak puas hati.
- Atas kecabulan tulisan artis yang satu lagi!
- Belian di alam maya juga sudah semakin giat diperkembangkan.
- Misalnya buku yang memang tidak dijual di Malaysia boleh ditempah secara online, tetapi kadang-kala harganya itu, bak kata sahabat penulis -
- Koyak dompet lah...
- Malah, teknologi internet itu sendiri saban hari saban menggerunkan.
- Satu ketika dahulu, internet persendirian sekadar modem 'dail up' yang kelajuannya sekadar sesuai untuk berchat dan e-mel.
- Sekarang modem dail up mungkin sudah boleh dikategorikan sebagai gajet muzium.
- Bermula dengan talian 3G kini sudah 4G dan mungkin akan ada 5G atau 6G satu ketika nanti di Malaysia. Ada juga yang mengatakan guna kabel gentian optik .
- Putus sehelai rosak seribu!
Kalau sudah siaran
televisyen kabel pun sudah menerjah internet, mestilah sudah ada
setidak-tidaknya teknologi bagi menampung siaran televisyen di internet.
- Tiada buffering!
- Kalau tonton Al-Kuliyyah TV3 tempoh hari, wasiat pun boleh dibuat secara rakaman video.
- Mana tahu suatu hari nanti pembacaan wasiat pun boleh dibuat secara internet?
- Kajian pemasaran pun sudah sampai ke tahap e-kualiti perkhidmatan e-kepuasan, e-kepercayaan (e-trust) dan e-kesetiaan.
- Sudah semestinya memberikan cabaran kerana keadaan perkhidmatan sudah semakin maya (intangible).
- Sebab sedangkan bank fizikal pun boleh dirompak, apatah lagi bank-bank maya ini; pasti boleh digodam pula!
- Wang fizikal pun sudah semakin ditinggalkan.
- Apa lagi dengan saranan dan gesaan kerajaan untuk menukarkan kesemuanya kepada atas talian.
- Macam menggunakan kad debit; menggantikan kad kredit dan wang tunai.
- Sekali gus hal ini memberikan cabaran kepada pihak pengurusan dan pentadbir untuk menampakkan nilai mata wang.
- Kerana apabila wang sudah menjadi betul-betul maya kelak - atas nilai apakah yang sebenarnya wang itu disandarkan?
- Sedangkan wang pada asalnya adalah perantara perniagaan.
- Justeru tertera padanya frasa 'wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai....'
- Maka pada apakah yang akan disandarkan wang maya itu?!?
No comments:
Post a Comment