- Sudah berminggu-minggu negara Gajah Putih digenagi air dan kini, ibu negaranya Bangkok diancam tenggelam - sesuatu yang biasanya menjadi ancaman di Kuala Lumpur saban hari sahaja tatkala hujan.
- Khabarnya istana Raja di sana pun sudah mula dinaiki air.
- Penyakit bawaan air kini mula menjadi ancaman besar andai rakyat secara berterusan terdedah dengan air yang tidak bersih.
- Bukan air itu yang membawa penyakit melainkan kuman di dalamnya!
- Ancaman taun memanglah satu penyakit yang sukar dielakkan seandainya tahap banjir itu kritikal dan berterusan. Belum lagi kencing tikus dan pelbagai kencing yang berkaitan yang membahayakan; bangkai dan najis yang barangkali bercampur dengan air bah yang melimpah ruah.
- Yang seronok main air, budak. Maka sebab itulah risiko tinggi apabila penyakit bawaan air ini merebak.
- Belum lagi kita cerita tentang beratus-ratus kematian di sana disebabkan banjir ini.
- Hasil pertanian nampaknya akan turut terjejas teruk.
- Sebagai 'periuk nasi' Asia Tenggara, sudah semestinya banjir dan kemusnahan tanaman padi akan memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada kepada negara itu sendiri, malah kepada bekalan beras antarabangsa.
- Malaysia misalnya terpaksa mencari sumber alternatif bagi menampung kekurangan beras dalam masa lima hingga enam bulan akan datang.
- Kerajaan menegaskan bahawa bekalan padi dan stok penimbal beras mencukupi - namun kita pun hanya menunggu masa sahaja ketiadaan beras andai tidak ada langkah konkrit dilaksanakan bagi tujuan itu.
- Keadaan sebegini memperlihatkan betapa seriusnya kebergantungan bekalan makanan negara terhadap sumber import.
- Seterusnya menimbulkan persoalan, sebagai negara yang ada sektor pertanian sendiri, adakah sumber sedia ada tidak cukup untuk dibekalkan kepada rakyat sedia ada?
- Atau rakyat Malaysia sebenarnya terlebih makan?
- Dahulu ketika belajar Geografi dan Kajian Tempatan (sekolah rendah), kita didedahkan negeri sekian-sekian merupakan Jelapang Padi Malaysia atau setidak-tidaknya ada kawasan penanaman dan pengeluaran padi.
- Seolah-olah semua sumber makanan negara terutamanya beras berasal daripada negara ini sendiri.
- Akan tetapi, hakikatnya tidak secara terus (straight forward) sebagaimana yang disangka. Rupanya beras siam jugalah yang menjadi citarasa rakyat kita!
- Masakan tidak, sedangkan dahulu hebohnya kejadian 'lambakan beras' seolah-olah sumber tersebut terlalu banyak di Malaysia sampai melambak-lambak; tak tahu hendak diletakkan ke mana!
- Kini, terbalik-kot pula, kalau tak kena gaya negara kita dok kebulur kerana tiada beras - sungguhpun duit mungkin ada!
- Itu belum cerita bebawang, tomato, kentang dan rempah-ratus yang majoritinya memang berasal daripada negara luar yang memang tidak ditanam di sini!
- Perspektif pengurusan risiko merupakan salah satu amalan yang perlu diterapkan bukan sahaja oleh pembuat dasar dan pentadbir, malah kepada rakyat sendiri.
- Namun, takut pula jadinya orang menyimpan beras barangkali berguni-guni kerana takut ketiadaan beras.
- Macam ada yang bertindak membeli berpuluh kilo pek gula, kerana takut gula habis di pasaran.
- Jadi, maklumat yang tepat perlu disebarkan dengan cepat juga. Cuma kadang-kala, minyak peket yang selalu tak ada di pasaran mungkin menimbulkan kemusykilan kepada kita sedangkan negara kita antara pengeluar minyak sawit mentah dunia.
- Barangkali yang perlu diambil perhatian juga ialah pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama kepada negara; jangan sesekali dipandang mudah.
- Tatkala negara sedang asyik dengan sasaran menuju negara maju, atau negara perindustrian maju, kita tidak boleh lupakan bahawa manusia walau apa pun yang berlaku perlu makan.
- Konflik akan mula timbul apabila negara pengeksport beras hanya mahu menjualnya kepada negara yang mampu membelinya dengan harga yang lebih tinggi.
- Ketika itu, harga makanan tidak dapat tidak akan melonjak; apatah lagi seandainya berlaku ketaktentuan yang tidak dapat dielakkan seperti banjir di Thailand.
- Jadi, yang tawaran murah (untuk membeli) belum tentu dapat apa-apa!
- Tatkala banyak tanah pertanian ditukar status kepada tanah perindustrian, maka akan banyak kilang-kilang didirikan atas tapak pertanian.
- Sedangkan apabila keadaan kekurangan makanan dunia berlaku -
- Adakah rakyat ketika itu hendak memakan mesin?
PERINGATAN: Semua artikel yang ditulis oleh penulis adalah nukilan penulis sendiri melainkan telah dinyatakan sumbernya dan TIDAK mewakili organisasi yang telah/sedang penulis sertai. Tulisan bukan bermaksud membangkitkan sebarang sentimen yang menyebabkan perasaan kurang selesa kepada pembaca. Andai pembaca yang mendapati terdapat tulisan yang bersifat demikian, sila beri komen untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih
Saturday, October 29, 2011
Beras berlambak tapi tak cukup nak makan???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment