Tuesday, September 1, 2009

Erti kemerdekaan

Ramai yang mengatakan bahawa orang-orang muda pada masa kini tidak menghayati kemerdekaan dengan sebenar-benarnya. Mereka berhujah bahawa yang muda tidak merasai kesukaran tatkala zaman Jepun, pencerobohan komunis, tidak merasai darurat dan pelbagai lagi keadaan kesukaran dan kepiluan dahulu. Dari aliran titik peluh dan darah mereka yang terdahululah yang menyebabkan Malaysia merdeka dan makmur pada masa kini.

Orang muda dikatakan sebagai melupai segala-galanya. Mereka tidak bersyukur dengan apa yang ada. Mereka tidak pernah mengenangkan perit jerih kesukaran orang-orang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Mereka lupa bahawa betapa kemerdekaan kini perlu dipertahankan kerana anasir-anasir luar sentiasa ingin kembali menakluki negara dan mengaut keuntungan yang kita kecapi.

Perkara tersebut, disebalik kebenaran yang mungkin boleh diakui, tidak kurang juga pernyataan yang berat sebelah disebabkan situasi semasa yang berbeza dan keadaan yang berbeza selepas lebih 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Bak lirik lagu Tan Sri S.M. Salim, "Dulu lain, sekarang lain." Walaupun pemuda pemudi sekarang ini tidak lagi merasai darurat, kekurangan makanan, ketakutan perang dan sebagainya, mereka juga terdedah dengan pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara lebih-lebih lagi disebabkan asakan dunia tanpa sempadan. Mereka kini boleh mendapatkan maklumat dan menjana persepsi dengan mudah tanpa memerlukan medium tradisional.

Bayangkan serangan pemikiran daripada internet, permainan virtual yang mudah diperoleh di sana sini menyebabkan mereka belajar lebih mudah. Mereka tidak perlu membeli akhbar untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak perlu pergi ke padang untun "bermain bola sepak." Malah, mereka tidak perlu ke sana sini untuk membeli mahupun mengadakan urusan bank. Oleh sebab itu, relevenkah kita mengenangkan itu dan ini seandainya pada realitinya kita perlu bersedia bagi menghadapi pelbagai ancaman tanpa batasan, tanpa halangan?

Selain itu, kita juga perlu MENGINSAFI bahawa ulang tahun kemerdekaan ke 52 tahun ini JUGA bermaksud sudah genap 52 tahun BN menguasai pemerintahan di peringkat persekutuan. Hal ini bermaksud sudah 52 tahun negara disulami dengan unsur-unsur yang dibawa oleh BN. Sudah 52 tahun dasar-dasar BN melingkungi Malaysia. Dan apabila parti tradisional LDP di Jepun tumbang setelah 54 tahun memerintah selepas perang dunia ke-2, maka BN PERLU MENGINSAFI bahawa setiap yang berada di atas TIDAK MUSTAHIL akan jatuh ke bawah.

Perkara sedemikian tidak mustahil. Adalah lebih penting untuk PARTI yang memerintah untuk memikirkan bagaimanakah mereka boleh menjamin kelangsungan tampuk kekuasaan mereka setelah 52 tahun kemerdekaan. Lebih penting untuk mereka memikirkan cara untuk benar-benar mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka.

Itulah sebenar-benarnya erti kemerdekaan.... untuk BN...

 

No comments: