Sudah lama mereka melaungkannya. Mereka mengaku bahawa mereka mempunyainya. Tetapi, apa yang AS peduli? Kuat-kuat AS hanya mengenakan sekatan ekonomi. Cuba membuat ancaman itu dan ini. Namun, adakah mereka mempunyai niat pun untuk menyerang? Tidak langsung terfikir oleh Mantan Presiden AS yang merupakan Presiden paling teruk dalam sejarah pemerintahan negara Uncle Sam itu - untuk menyerang Korea Utara.
Siapa yang jadi mangsa?
Afganistan, Iraq...dan hampir-hampir - Iran.
Sebab serangan?
Afganistan - menghapuskan pejuang-pejuang Taliban - mencari Osama bin Laden
Iraq - memusnahkan senjata pemusnah besar (WMD) yang dibangunkan oleh Saddam Hussein
Iran - Paksi kejahatan dunia - syaitan blablabla
Namun, sampai sekarang pun Taliban masih lagi wujud dan melakukan aktiviti mereka. Sampai sekarang pun WMD di Iraq masih lagi tidak dijumpai. Nasib baik mereka tidak sempat serang Iran. Kalau tidak, sudah pasti Perang Dunia Ketiga meletus!
Lalu, bagi mengcover "bongeng" dan "malu" kegelojohan mereka terhadap bekalan minyak/paip minyak di negara-negara yang telah mereka serang tadi, mereka (secara spesifiknya BUSH) menghalalkan serangan mereka terhadap negara-negara tersebut sebagai MENGEMBALIKAN SEMULA DEMOKRASI NEGARA TERSEBUT. (Restore the bloody democracy in the country. Sebab itu, Saddam digantung - demokrasi terpelihara semula?!?
Keberanian Korea Utara dan betapa "tidak pedulinya" AS kepada ancaman Korea Utara sangat-sangat nyata tatkala pemerintahan Bush lagi. Korea Utara TIDAK pernah menyorok atau berselindung betapa mereka sememangnya melakukan pelakuran nuklear; mereka sememangnya membangunkan senjata nuklear. Ada AS nak sibuk-sibuk "mengembalikan demokrasi rakyat" di Korea Utara? Haram tak pernah pun mereka berusaha ke arah itu!?!
Sebaliknya, dengan muka tebal setebal kulit badak, mereka sibuk menekan Iran yang BARU hendak memulakan semula pembangunan nuklear. Tiada buktipun yang Iran hendak membuat senjata nuklear (walaupun secara logiknya, dah tentu senjata itu dibangunkan juga...) Puaslah Ahmadenijad dan kerajaan Iran menghadapi karenah PBB, IAEA semata-mata bagi memenuhi kehendak, keinginan, keperluan Bush untuk menyerang mereka. AS begitu berusaha untuk menyerang Iran dengan apa cara sekalipun...
Tetapi, tak disangka Obama menang pula...Dasar Bush dan Republikan terencat disitu...
Semalam, sekali lagi Korea Utara dengan "angkuhnya" memberitahu kepada dunia bahawa mereka MEMANG TELAH membangunkan senjata nuklear. Merak TELAH melancarkan roket bagi tujuan persediaan perang. Ada AS nak sibuk-sibuk untuk serang Korea Utara?
Mungkin sebab utama masih belum ada serangan adalah pertukaran dasar Obama dan AS sekarang daripada "properang" kepada cuba memahami....Artikel akhbar semalam [1] ada mengaitkan betapa Obama mempunyai karisma sebagaimana Nixon. Namun, kita juga perlu ingat bahawa Nixon adalah satu-satunya Presiden AS yang meletak jawatan. Adakah sumpahan tersebut akan terkena kepada Obama? Tunggu dan lihat.....
Nota hujung
[1] Untuk lebih lanjut, baca: Ku Seman Ku Hussain, Pengaruh Nixon dalam Obama, dlm Minguan Malaysia, 24 Mei 2009.
1 comment:
Korea utara mau pun amerika tidaklah kuat walaupun memiliki senjata nuklear jika di serang dengan sekatan minyak..operasi ketentraan mereka tidak ada apa2nya...memang jelas minyak pengerak operasi pesawat laut dan darat yang ampuh.
Post a Comment