Perkara tentang kecenderungan media merupakan satu persoalan yang sebenarnya ibarat "sudah terang lagi bersuluh." Media utama (mainstream) misalnya lebih mudah dikaitkan dengan penyampai pemikiran kerajaan sementara media alternatif terutama akhbar/blog/laman web parti lawan sudah pasti akan lebih cenderung menghentam kerajaan. Bagaimanapun, apakah media mainstream perlu kekal menjadi penyampai hasrat kerajaan atas dasar mereka memiliki kepentingan kerajaan?
Sudah pasti berita di TV3 mempunyai kecenderungan menyokong kerajaan apabila tiba kepada persoalan "Siapa MB Perak" tetapi adakah kecenderungan itu perlu ditonjolkan setonjol-tonjolnya? Apabila berlaku pilihan raya sama ada besar atau kecil, adakah video klip kata-kata Anwar Ibrahim perlu dijaja – Anwar dulu Anwar sekarang? Pada penulis, hal-hal sebegini sudah memasuki persoalan etika. Dan terpulanglah bagaimana mereka mengulas sesuatu perkara untuk menampakkan sama ada mereka bias atau tidak bias(dah tentu mereka bias!)
Media cetak alternatif terutamanya yang diterbitkan oleh parti politik pastilah yang menjadi sasaran mereka-mereka yang ingin mengetahui "pendapat pihak kedua" atau "tembelang pihak kerajaan". Penulis pernah melahirkan rasa hairan, mengapakah kaedah tersebut berjaya bagi pihak PR namun gagal bagi pihak BN. Khabarnya, dahulu memang ada akhbar seumpama Harakah yang diterbitkan oleh Umno, namun kononnya tidak laku. Kenapa boleh tak laku? Mungkin, kerana ketidaklakuan akhbar sebegini di pihak BN yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan media mainstream untuk menyampaikan agenda politik mereka...Namun, persoalannya, sejauhmanakah mereka (BN) berjaya meutilitasikan kelebihan yang mereka ada? Atau sejauh manakah pula kelebihan yang mereka ada ini menjadi peluang kepada pihak lawan untuk meraih sokongan sebagai pengimbang berita dalam media massa?
Laporan tentang penggunaan mimbar masjid sebagai wadah politik juga bukan perkara yang baru. Boleh dikatakan hari-hari, ada sebilangan masjid di negeri-negeri tertentu menyediakan ceramah-ceramah bebaur politik pada waktu malam. Kalau waktu bulan puasa, selepas rakaat sekian-sekian, ada pula tazkirah yang kadang-kala memakan masa setengah jam untuk "pengisian penyampaian ilmu" yang kadang-kala dipenuhi dengan agenda politik. Betullah institusi masjid bukan sebagai tempat beribadat semata-mata, namun apakah selayaknya sembahyang jemaah yang tak sampai 10 minit diimbangi dengan ceramah politik berjam-jam? Kita menghadap Tuhan di Rumah Tuhan pun tak seberapa lamanya, adakah kita hendak katakan bahawa kuliah berbaur hasutan, cercaan, hinaan, fitnah memfitnah, kata-mengata itu adalah ajaran Islam?
Disebalik teriakan TAKBIR, apakah kita hayati kalimah Allahhu Akbar itu sendiri? Disebalik kita nyanyikan pelbagai selawat – Selawat Syifa'/Selawat Tibb, Selawat Anuar, sejauh mana kita benar-benar menginsafi perjuangan Baginda SAW dan sahabat-sahabat RA pada waktu kesukaran dahulu? Disebalik kita baca doa Rabitah dalam Al'Ma'tsurat, sejauh mana kita hayati doa tersebut secara keseluruhannya dalam membentuk kesatuan umat Islam?
Kita sesama kita pun duk begaduh pasal siapa nak jadi MB, apa kurangnya keadaan ini dengan permulaan zaman Kekhalifahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah dahulu? Apa bezanya pula dengan pergaduhan antara Pakatan Utara dan Taliban; Sunni dengan Syiah? Islam gaduh sama Islam: yang tepuk tangan – fikirlah sendiri!!?
No comments:
Post a Comment