Tuesday, October 7, 2008

Jongkang jongkit terjongket-jongket

Assalamualaikum semua

Kadang kala memang seronok kalau kita kaji ketaktentuan dalam politik tanah air. Kalau boleh kita ibaratkan jongkang-jongkit, memanglah sekejap di atas dan sekejap di bawah. Tapi, yang penting dalam permainan jongkang jongkit ialah sinkronisasi antara penjongkang dan penjongkit.

Maknanya, sungguhpun salah seorang daripada pemain tersebut lebih berat daripada yang lagi satu, jongkang jongkit tetap boleh dimainkan kalau masing-masing saling mengalah, atau duduk di tempat yang betul bagi saling berjongkit.

Hal ini bermaksud salah seorang daripada pemain hendaklah mengalah dek kerana hendak berjongkang jongkit dengan lebih sempurna. Kalau tak ada yang mengalah, alamat terjongket-jongketlah jongkang jongkit itu. Lebih teruk, takut tak bergerak langsung jongkang jongkit tu.

Pepandailah orang UMNO atau segala-gala parti yang ada membuat pemilihan pada masa yang terdekat mengambil pusing analogi penulis ini.... Jawatan,jawatan juga... tanggungjawab, tanggungjawab juga...
Cubalah menangkan hati rakyat....
Wassalam

1 comment:

azlishukri said...

kalau kita rasa ramai yang ikhlas..di luar sana..mengapa tidak mereka masuk UMNO sahaja dan betulkan UMNO dengan keikhlasan..kita sering marah ahli2 UMNO yang berjumlah 3 juta orang tu..kita tuduh mereka tamakan kuasa dan gila pangkat, tetapi mana pergi orang2 melayu yang jujur diluar sana? masuklah UMNO dan hapuskan aje berapa kerat ahli UMNO yang gila kuasa tu..atau kita sebenarnya hanya pandai mengkritik tetapi kita jika masuk UMNO pun akan jadi gila kuasa dan cintakan duit? wallahulam.