Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penantian adalah satu penyeksaan. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari kesabaran adalah satu kemuliaan dan pengorbanan adalah satu kemestian.
Kini, telah sah bahawa Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus bakal meletak jawatan sebagai PM. Mungkin ada yang merasakan bahawa "eh, sepatutnya dah lama dah beliau letak jawatan..." tapi seperti biasa, penulis cenderung mempercayai setiap kejadian ada hikmahnya...Hal ini bermaksud, setiap kejadian pasti akan ada kesan-akibat.
Sesudah daripada itu, bagaimanakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN akan respon? Siapakah yang akan menawarkan diri untuk kerusi peringkat atasan? Bagaimanakah pula sayap-sayap UMNO yang lain? Sudah ada yang mencadang Datuk sekian menjadi presiden, Tan Sri sekian menjadi Timbalan Presiden... atau Tan Sri sekian patutnya rebut presiden...
Bagaimanakah pula dengan Mahathir? Adakah beliau akan kembali ke UMNO. Kalau ya, apakah peranan beliau pula?
Reaksi Pakatan pula bagaimana? Dapatkah pengambilalihan kuasa berlangsung dengan rapi? (kalau ada..) Adakah "beliau-beliau" yang akan lompat parti akan kekal lompat parti setelah Pak Lah letak jawatan? Atau "beliau-beliau" nak cuba nasib untuk kekal bawah PM baru?
Tatkala situasi-situasi ini berlaku, pasaran saham Malaysia masih belum stabil..Ada yang meramal Ekonomi Amerika boleh bankrap!? China pula dilanda melamin Tak taulah apa lagi seterusnya.
Sebab itu, berkali-kali penulis tekankan pandangan penulis bahawa perubahan pucuk pimpinan semata-mata mungkin tak mencukupi. Cabaran untuk beliau-beliau yang bakal hadapi mungkin lebih getir lagi...
Kadang kala orang terlupa, masa sebenarnya berlalu pantas... Kalaupun sesuatu perkara (baca: letak jawatan) berlaku terlebih dahulu daripada sekarang, belum tentu kesan berikutnya (baca: kestabilan ekonomi, politik, sosial) lebih baik... Moga Malaysia dapat kembali ke landasan asalnya
Wassalam
No comments:
Post a Comment