- Begitu istimewanya kes ini sehingga ada suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan; semuanya bagi memenuhi kehendak waris dan mereka yang beria-ia benar menuntut 'keadilan.' Mereka laungkan yang 'rakyat berhak tahu apa yang berlaku.' Walaupun penulis sebagai rakyat tak lah nak berapa tahu tetapi sebab gravitinya asyik bertambah saban hari: jadi buat-buat ambil tahu la juga. Tapi, hendak ambil tahu bukan sebab hendak semata-mata tahu, sebaliknya, nak juga tahu duit pembayar cukai diperhabiskan macam mana bagi memenuhi tuntutan itu dan ini.
- Apabila kesimpulan/keputusan suruhanjaya siasatan diraja kematian Teoh Beng Hock (TBH) dikeluarkan, bukanlah sesuatu yang menghairankan andai pihak yang beria-ia sangat mahukan suruhanjaya diraja ditubuhkan tidak menerima kesimpulan yang dibuat oleh suruhanjaya terbabit. Seolah-olah bagi mereka, "Bunuh diri? Mana mungkin bunuh diri? SPRM berpakat untuk membunuh TBH. TBH dibunuh. Period." Tak kiralah sama ada wujud bukti TBH dibunuh atau tidak, pokok pangkalnya, keputusan yang hendak mereka dengar adalah TBH dibunuh.
- Malangnya, bukti-bukti sedia ada setakat ini tidak dapat mengaitkan TBH dibunuh dan hal yang sebeginilah yang tidak boleh mereka terima. Ada yang hendak menambahkan perasa dalam "gulai" isu TBH ini dengan menuntut agar Hishamuddin Hussein harus bertanggungjawab terhadap kematian dan beliau selaku Menteri Dalam Negeri harus dibicarakan . Kita pun tak faham kenapa hendak heret Hishamuddin dalam cerita ini sedangkan isu sebenar adalah sebab kematian TBH dan prosedur SPRM.
- Dan pihak berkepentingan dalam isu TBH ini (lebih-lebih lagi berkepentingan politik) akan dengan tegar menuntut pembunuh TBH dihukum sungguhpun dalam siasatan, kesimpulan adalah bunuh diri. Mereka akan menjaja serata negara, menulis kalimah-kalimah nista bagi memburukkan kerajaan kerana kerajaan kejam membunuh rakyatnya yang tidak bersalah. Gambar TBH akan dibawa ke mana-mana bagi meraih simpati terhadap ketidakadilan yang berlaku. Tidak hairanlah kalau berlaku dalam PRU13 nanti.
- Anehnya, pihak yang sepatutnya kita siasat yang menyebabkan TBH berada di pejabat SPRM pada awalnya (baca: DAP) asyik dok sibuk nak menyalahkan orang lain sebab kematian TBH. Sedangkan mereka inilah yang sepatutnya dipersoalkan terlebih dahulu kerana kes rasuah YB daripada parti mereka yang menyebabkan TBH ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan. Kes yang asalnya merupakan kes rasuah kini berjaya diputaralamkan kepada kes bunuh TBH dengan jayanya. Begitulah hebatnya putar alam mereka ini berbelit-belit tanpa rasa segan dan silu, tanpa rasa bersalah kepada mendiang dan tanpa rasa bertanggungjawab. Lalu, juak-juak mereka sentiasa menyokong mereka dan sentiasa merasionalkan apa yang tak rasional. Seolah-olah SPRM ada motif hendak membunuh TBH. Macamlah Hishamuddin ada sebab menyuruh pegawai bawahannya membunuh TBH. Macamlah TBH sebenarnya bukannya pembantu khas YB Ean Yong tapi sebenarnya pembantu khas Hishamuddin yang agaknya tahu banyak pekung Hishamuddin sampai Hishamuddin arahkan SPRM bunuh beliau. Begitulah konotasi daripada apa yang mereka cuba perjelaskan.
- Pihak yang sana cukup suka menggunakan kenyataan Dr Pornthip dari Thailand yang merupakan pakar forensik jemputan Kerajaan Selangor yang mengatakan bahawa TBH mati dibunuh. Pakar dari Thailand yang penuh kontroversi itu membuat kesimpulan dengan hanya melihat gambar foto! Hebatnya! Kalau macam itu, membazirlah masa (dan perhabis duit) polis di seluruh dunia hendak sediakan jabatan forensik sebab kita sebenarnya boleh tahu sebab kematian (COD) dengan melihat gambar foto sahaja!
Kita sebenarnya faham yang keluarga TBH tidak dapat menerima yang TBH mati membunuh diri. Siapa yang boleh terima ahli keluarganya mati bunuh diri? Dan kita sangat-sangat pasti bahawa kes ini akan terus disensasikan dan akan terus dijadikan modal politik disebalik seharusnya dikhatamkan kerana keputusan suruhanjaya siasatan diraja telah dikeluarkan. Tetapi, realitinya bukan semua kehendak kita boleh dipenuhi. Bukti setakat ini memberikan kepada kita kesimpulan bunuh diri. Pihak yang berkepentingan, tolonglah buat laporan polis atau buatlah semakan kehakiman atau buatlah saman itu dan ini dengan dikemukakan bukti bagi menidakkan keputusan tersebut. Jangan hanya pandai kutuk-kritik di internet, sebarkan khabar angin itu dan ini tetapi haram tak berani kemukakan bukti! - Kalau sudah tidak percaya sangat pihak berkuasa di Malaysia, boleh pergi ke UN ka, mana ka... tetapi selagi cerita-ceriti sekadar berani di Malaysiakini, blog ini dan itu, tak payahlah hendak wujudkan suasana tak harmoni di negara ini.
PERINGATAN: Semua artikel yang ditulis oleh penulis adalah nukilan penulis sendiri melainkan telah dinyatakan sumbernya dan TIDAK mewakili organisasi yang telah/sedang penulis sertai. Tulisan bukan bermaksud membangkitkan sebarang sentimen yang menyebabkan perasaan kurang selesa kepada pembaca. Andai pembaca yang mendapati terdapat tulisan yang bersifat demikian, sila beri komen untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih
Sunday, July 24, 2011
TBH: Sampai bila ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment